Buku untuk bulan Jun


Assalammualaikum semua 

Post tentang My Life Update hari tu, saya ada cerita tentang project baru saya iaitu saya akan senaraikan beberapa buah  untuk dibaca pada bulan tersebut. Makanya, saya mulakan project tersebut pada bulan ni.   

Kebanyakkan buku tersebut saya baca semula sebab tak ada kesempatan nak pergi ke kedai buku. Nak kata sibuk tu, tak adalah sibuk mana tapi itulah kalau kat Melaka saya jarang keluar rumah tanpa urusan yang penting dan jugak ditemani ibu.

 Keluar dengan kawan-kawan memang jarang. Kebanyakkan masa saya habis di rumah  . Bosan? mmm  Sejujurnya tak. Sebab saya da biasa. 

Masa saya belajar di Perak, saya kerap keluar ke kedai buku Syabab di Billion. Setiap kali saya ke Billion memang kedai buku tu yang jadi tempat utama untuk saya singgah walaupun teman kawan beli barang, saya tetap akan ajak kawan singgah. 

Tapi, selalunya saya suka pergi sendiri sebab saya suke lepak kat situ lama-lama. Suka belek-belek buku tu. Sentuh-sentuh. Fikir-fikir buku mana nak beli. Memang, hat fikir tu la yang menjadi kan prosesnya lambat . Setiap kali keluar dari kedai buku tu, mesti saya akan beli. Kalau saya tak beli pun hari tu, nanti bila saya datang semula ke kedai tu saya akan beli  .

Sebanarnya saya pernah berhenti membaca buku. 3 tahun saya berhenti membaca disebabkan saya mula sibuk dengan hal belajar. Tapi satu hari tu, saya rasa sangat futur. Sangat down. Saya jalan-jalan di Bilion. Di dalam Bilion saya berhenti di depan kedai buku Syabab. Kaki saya automatik jalan masuk ke kedai buku tu. Saya belek-belek buku yang ada kat situ. Saya tertarik dengan satu buku terbitan dari Tarbiah sentap, iaitu Momento. Itulah dia, buku yang pertama saya baca selepas 2 tahun saya berhenti membaca  . 

Sejak dari tu, saya pergi mana pun saya bawak buku 

Baca atau tak, tu lain cerita. 

Cube korang bawak buku, pergi kedai makan atau mana-mana la. Secara automatiknya, mesti korang akan membaca sementara ada masa lapang. Betul... Tak percaya, cuba lah 

Dari situlah kisah cinta saya dengan buku bermula .. Ecehhhh..

Ok. Untuk bulan Jun ni, saya pilih 5 buah buku iaitu :

 Momento
      Penulisan admin Tarbiah Sentap.

 Bedtime Story Sentap (Siri 1)
      Penulisan Shukery Azizan

 Sultan Muhammad Al- Fateh Penakluk Konstantinopel
      Penulisan Abdul Latip Talib 

 Memori
      Penulisan Mr. Apis 

 Tautan Hati
      Penulisan Ustazah Fatimah Syarha.

Hat yang bertanda  tuu, saya da berjaya habis baca 

Sekarang ni, tengah bertungkus lumus untuk habiskan buku Tautan Hati dari Ustazah Fatimah Syarha. Rasanya ramai yang tahu tentang buku ni sebabnya setiap kali saya cakap pasal buku ni, mesti ada yang cakap 'buku tu best'. Tapi memang best pun. rasa makin tak sabar nak habis baca, nak tahu endingnya.

InsyaAllah, saya akan cube untuk review setiap buku ni dalam bulan ni, InsyaAllah. Doa-doakan lah semangat sis ni berterusan  .

Kat sini, saya nak ajak hangpa-hangpa semua untuk turut sama-sama membaca. Tak kesah la baca buku genre apa pun asalkan membaca (Tetapi seeloknya biarlah ia bahan yang berguna). Kuatkan pertahanan diri kita dengan ilmu. Bukan je ilmu dunia, ilmu akhirat pun penting sebab, nak ke syurga Allah pun perlukan ilmu. 

'Bacalah ! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.'
                                                                                              - Surah Al-Alaq (1-2)

Sampai sini dulu..

Moga Allah sentiasa redho dengan kite 

Love,
     Atikah 


22 comments:

  1. Wahh banyaknya. Selamat membaca ~~

    ReplyDelete
  2. Bagusnya dik suka membaca...keep it up...

    ReplyDelete
  3. Akak pun suka membaca. Tapu sekarang terbatas dengan anak lagi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pena rasa..tp bukan terbatas dengan anak, tapi terbatas dengan jerja studio :D

      Delete
  4. Nanti review buku yang dah habis baca tu. Menarik :D

    ReplyDelete
  5. Bagus semua buku2 ni.. Nanti review ye.. :)

    ReplyDelete
  6. I have a few books that I haven't read. entahlah bila nk baca HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. >< One day mesti awak akan baca. macam buku tautan hati tu, da 3 tahun saya beli tapi tak baca2.. baru sekarang nak baca haha

      Delete
  7. Saya pun memerap kat rumah tak bosan sebab macam2 kerja boleh buat. Malam raya dah tentu saya sebok main meriam buluh. Orang lain mungkin sebok bakar lemang.

    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  8. Betul, bacaak belakang atau tak belakang kira. usaha nak baca tu penting. mohon buat tutorial mcm mana letak all those emoji!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. nanti kite inform kt blog awk :)

      Delete
  9. Seriusly dah lama tak membaca...sebab ada orang sibuk nak baca sama...hahaha

    ReplyDelete
  10. Membalas jambatan ilmu tak kisahlah baca apapun

    ReplyDelete
  11. rajinnya membaca..kalau akak dah ke laut..huhu

    ReplyDelete