Buku untuk bulan Jun


Assalammualaikum semua 

Post tentang My Life Update hari tu, saya ada cerita tentang project baru saya iaitu saya akan senaraikan beberapa buah  untuk dibaca pada bulan tersebut. Makanya, saya mulakan project tersebut pada bulan ni.   

Kebanyakkan buku tersebut saya baca semula sebab tak ada kesempatan nak pergi ke kedai buku. Nak kata sibuk tu, tak adalah sibuk mana tapi itulah kalau kat Melaka saya jarang keluar rumah tanpa urusan yang penting dan jugak ditemani ibu.

 Keluar dengan kawan-kawan memang jarang. Kebanyakkan masa saya habis di rumah  . Bosan? mmm  Sejujurnya tak. Sebab saya da biasa. 

Masa saya belajar di Perak, saya kerap keluar ke kedai buku Syabab di Billion. Setiap kali saya ke Billion memang kedai buku tu yang jadi tempat utama untuk saya singgah walaupun teman kawan beli barang, saya tetap akan ajak kawan singgah. 

Tapi, selalunya saya suka pergi sendiri sebab saya suke lepak kat situ lama-lama. Suka belek-belek buku tu. Sentuh-sentuh. Fikir-fikir buku mana nak beli. Memang, hat fikir tu la yang menjadi kan prosesnya lambat . Setiap kali keluar dari kedai buku tu, mesti saya akan beli. Kalau saya tak beli pun hari tu, nanti bila saya datang semula ke kedai tu saya akan beli  .

Sebanarnya saya pernah berhenti membaca buku. 3 tahun saya berhenti membaca disebabkan saya mula sibuk dengan hal belajar. Tapi satu hari tu, saya rasa sangat futur. Sangat down. Saya jalan-jalan di Bilion. Di dalam Bilion saya berhenti di depan kedai buku Syabab. Kaki saya automatik jalan masuk ke kedai buku tu. Saya belek-belek buku yang ada kat situ. Saya tertarik dengan satu buku terbitan dari Tarbiah sentap, iaitu Momento. Itulah dia, buku yang pertama saya baca selepas 2 tahun saya berhenti membaca  . 

Sejak dari tu, saya pergi mana pun saya bawak buku 

Baca atau tak, tu lain cerita. 

Cube korang bawak buku, pergi kedai makan atau mana-mana la. Secara automatiknya, mesti korang akan membaca sementara ada masa lapang. Betul... Tak percaya, cuba lah 

Dari situlah kisah cinta saya dengan buku bermula .. Ecehhhh..

Ok. Untuk bulan Jun ni, saya pilih 5 buah buku iaitu :

 Momento
      Penulisan admin Tarbiah Sentap.

 Bedtime Story Sentap (Siri 1)
      Penulisan Shukery Azizan

 Sultan Muhammad Al- Fateh Penakluk Konstantinopel
      Penulisan Abdul Latip Talib 

 Memori
      Penulisan Mr. Apis 

 Tautan Hati
      Penulisan Ustazah Fatimah Syarha.

Hat yang bertanda  tuu, saya da berjaya habis baca 

Sekarang ni, tengah bertungkus lumus untuk habiskan buku Tautan Hati dari Ustazah Fatimah Syarha. Rasanya ramai yang tahu tentang buku ni sebabnya setiap kali saya cakap pasal buku ni, mesti ada yang cakap 'buku tu best'. Tapi memang best pun. rasa makin tak sabar nak habis baca, nak tahu endingnya.

InsyaAllah, saya akan cube untuk review setiap buku ni dalam bulan ni, InsyaAllah. Doa-doakan lah semangat sis ni berterusan  .

Kat sini, saya nak ajak hangpa-hangpa semua untuk turut sama-sama membaca. Tak kesah la baca buku genre apa pun asalkan membaca (Tetapi seeloknya biarlah ia bahan yang berguna). Kuatkan pertahanan diri kita dengan ilmu. Bukan je ilmu dunia, ilmu akhirat pun penting sebab, nak ke syurga Allah pun perlukan ilmu. 

'Bacalah ! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.'
                                                                                              - Surah Al-Alaq (1-2)

Sampai sini dulu..

Moga Allah sentiasa redho dengan kite 

Love,
     Atikah 


Segmen: Jom Tambah Follower by Shahirah Army


Haii 

Hari ni saya nak join segmen dari Shahiraharmy .

Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh click gambar kat atas ni 

 blog id = 7199772917764143003





Love,
     Atikah 


My life update


Assalammualaikum dan haii, 

saya kembali lagi dari ceruk kesibukkan.

Tadaa.. i'm back.. walau pun last update blog ni 29 May. Lama la tu kann? 

Banyak benda nak cerita dalam blog ni..  tapi ... tu laa, kesibukkan + kemalasan melanda dalam masa yang sama   .

Jadinya, entry kali ni saya nak bercerita sedikit tentang apa berlaku pada saya selama 15 hari so nanti bila nak update apa-apa senang  .




  Kemalangan balik dari terawih.

Saya kemalangan di depan sempang nak masuk ke lorong rumah nenek. Waktu tu baru balik dari terawih. Sedihkan ?  hmmm. Ia memang salah saya sebabnya masuk sempang tak bagi signal. Sebelum masuk ke sempang tu, ade satu moto tetibe memotong tepi. Terperanjat terus bebel kan moto yang memotong. Terus terlupa nak bagi signal. Masa masuk simpang tu tetiba..  langgar bahagian tepi kereta (pintu belakang penumpang) . Saya menyaksikan penunggang   tu tergolek. Ya Allah,, gugur rasa jantung ni. Alhamdulilah penunggang moto tu tak apa-apa cuma luka sikit-sikit je. Moto dia pulak tak boleh gerak. Saya pulak? kene train drive semula degan ayah. Rasa macam da tak nak drive lagi da.   .


 Kelas memasak dengan ibu.

Biasalah kan orang tua-tua kata 'orang perempuan ni, belajar tinggi mana pun, mesti ke dapur jugak'. Saya ada penyakit cepat lupa. Jadinya segala masakan yang ibu ajar masa lepas SPM saya lupa . Setiap kali balik cuti saya just tolong-tolong ibu kat dapur. Alasan yang ku selalu guna ialah rindu nak makan masakan ibu  . Saya di latih semula untuk memasak sendiri dan sekarang ibu just bagi menu dan yang masak Saya. Part yang paling best ialah orang makan sampai habis apa yang Saya masak. Bila tanya 'sedap tak?' mesti jawapan 'tak' yang saya dapat tapi makan habis  .


 Belajar pergi pasar.


Setiap minggu, saya akan pergi pasar dengan ibu. Belajar pilih ikan, beli ikan , beli sayur-sayur. Ibu jarang pergi ke pasar besar (bersebelahan dengan melaka sentral) tapi selepas kejadian 'reinforcement beam' bangunan tu putus, saya memang larang terus ibu ke sana tambahan pulak ibu cerita masa reinforcement tu putus, ibu memang tengah beli barang dalam bangunan tu tetiba bunyi kuat macam dentuman. Selepas dari kejadian tu, ibu beli barang basah kat kedai ni saja . Ikan kat sini banyak yang segar-segar dan harga memang berpatutan sebab tu kereta kat sini sentiasa banyak.


 Buad kuih raya tiga hari berturut-turut.

Masa ibu muda dulu, ibu selalu tolong nenek buad kuih jual. Macam-macam jenis kuih ibu belajar dari nenek. Jadinya ibu da terbiasa buad kuih sendiri untuk raya. Kami buad 3 jenis kuih sahaja iaitu, kuih tart nenas, kuih mazolla atau kuih kacang  dan biskut senyum. Bayangkan tiga hari berturut buad kuih tanpa henti. Lepas subuh da mula mengadun kuih untuk 3 kg. Banyakkan? sebab nak bagi makcik sedara yang lain. Kami memang akan bertukar-tukar jenis kuih jadinya setiap rumah memang akan jumpa kuih yang sama  .


 Buku untuk bulan Jun.


Ni adalah project baru saya. Setiap bulan saya akan senaraikan beberapa buah  untuk saya habiskan baca pada bulan tersebut. Ini adalah sebahagian buku yang saya berjaya baca untuk bulan ni. InsyaAllah pada post seterusnya saya akan list kan keseluruhan buku yang saya target untuk baca.

Saya super exited untuk project baru ni 


Saya rasa ni je kot yang mampu akan sematkan dalam blog kali ni. Kalau nak di ikutkan, tak adalah sebuk sangat kan . Kebanyakkan masa yang ade, lebih diluangkan dengan buku . InsyaAllah lepas ni saya akan cuba cari masa untuk lebih kerap update blog ni.

Walau apa pun, selamat berbuka 


Love,
    Atikah