Mutaba'ah Amal untuk bulan puasa



Rasa macam tak percaya je kan yang hari ni dah masuk hari ke-3 kite berpuasa. Rasa macam cepat betul masa tu berjalan. Rasa macam baru beberapa bulan kite masuk tahun 2017 tup tup ehh dah bulan ramadhan.. Bulan ramadhan ni laa bulan yang paling best antara bulan-bulan yang lain. Pahala berlipat kali ganda. Syaitan pun kene tangkap kan..  Jadinya, kite sepatutnya gunakan peluang ni sebaik mungkin untuk jadi baik dan buad baik..

Walau apa pun, saya nak ucapkan selamat berpuasa semua.. semoga ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya. =)

----

Siapa tahu apa tu mutaba'ah?? Sebenarnyaa nak cerita sikit tentang mutaba'ah amal ni. Pada sesiapa yang lebih arif, tolong betulkan yee..

Menurut apa yang saya faham, mutaba'ah ni macam jadual amalan kite. Jadual tu, akan membantu kite untuk mengawasi segala amal kite. Setiap kali kite buad, kite tandalah pada kotak tu. Lama-lama, kite sendiri akan rasa seronok nak buad amalan tu sebab nak tanda kat jadual kite. Mungkin itu yang akan kite rasa pada awalnya tapi lama kelamaan, kite sendiri akan buad dengan rela hati dan tanpa gune jadual tu lagi. Sebenarnya, jadual ni cume untuk bantu kite mendidik diri kite dan bantu kite untuk tingkatkan lagi amal ibadah kite. Bunyi macam berat je kan?? but believe me, its work. Pada mulanya, kene paksa dulu diri. Paksa diri untuk buad. Da buad baru tanda. Lama kelamaan, hati yang terpaksa pada awalnya akan rela. Tu apa yang saya faham tentang mutaba'ah amal ini. Kalau ada sesiapa yang nak betulkan, silakan.

Saya start guna mutaba'ah ni tahun lepas dan ia sangat membantu saya untuk improve diri saya. Ia macam magic. Titik hitam yang bertanda kat kertas tu, boleh buad saya rasa gembira (mungkin sebab saya memang jenis yang senang terhibur kott).

Bagi saya, bulan puasa ni lain dari bulan-bulan yang lain jadi saya pun create mutaba'ah yang khusus untuk bulan ramadhan ni. Sebagai tambahan untuk bulan puasa, saya create checklist surah. Checklist surah ni digunakan untuk analisis surah, juz dalam setiap surah, tarikh mula baca dan tarikh habis baca setiap surah jadi, kite boleh tahu berapa lama masa yang kite ambil untuk katam al-quran.

Kalau ada sesiapa yang nak mutabaah dan checklist tu, boleh lah download kat bawah ni. Mungkin ia dapat bantu korang.



                                          



Niat sebenarnya nak post minggu lepas, tapi disebabkan sibuk dengan kemas rumah dan sebagainya jadi niat tu terpaksa ditangguhkan. Bak kata ibu, kite nak sambut ramadhan, jadinya, langsir siap dipasang, rumah siap dikemas sebelum raya.  Ook baiklah, sampai sini dulu. Sekali lagi dari saya, selamat menjalani ibadah puasa. ❤


Love, 
    Atikah ❤ 

Menu Che'gu Cafe


Hari tu ade cerita tentang makan kat Che'gu Cafe. korang boleh baca kat sini .

Jadinya hari ni nak tunjukkan menu makanan kat Che'gu cafe pulak. Saya memang suke ambik gambar menu sebabnya senang nak pilih tempat makan, masa nak order pulak tak adalah termanggu-manggu nak pilih makanan, terus je boleh order. hehe

Cafe ni da jadi salah satu tempat untuk saya dan kawan-kawan celebrate, berkumpul, kalau da jemu makan kat down town atau pon dewan makan haa kat sini lah tempat kami akan pergi sebabnya harganya yang berpatutan dan sedap..

Ok.. kat bawah ni, menu Che'gu Cafe..





Saya harap post kali ni dapat membantu korang...

Selamat menjamu selera =)


Appreciation post

Gambar dari Pinterest

12/5/2017 saya officially tamat belajar di UiTM Seri Iskandar, Perak. Alhamdulillah..
Seminggu sebelum tu lagi hati ni da berdebar. buad apa pon tak menjadi.. jadinya saya pon ambil lah keputusan untuk edit blog template yang baru. setiap kali terfikir pasal result, saya akan cube fikir sesuatu yang lain yang boleh buad hati ni gembira sikit. kalau tak satu apa pon tak jadi.


Dengan bismillah, saya pun bukak email Salam dari UiTM. First sekali, lepas je bukak email, terus je tengok ada yang gagal tak.. second baru tengok CGPA pulak.

and i'm was.. Thanks Allah for everything..

So,

-First sekali nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah yang mengajar dari sem 1 sehinggalah sem 6. Memang tak akan dapat saya balas segala jasa mereka.

Last kelas dengan Pn Huda, Pensyarah site management. 

- Group member

Zaref , Am , Zul , Hamizah , Saya , Shazana 
Kepada group member saya, terima kasih sangat sebab sudi terima saya masuk dalam group ni. Sungguh, saya bukan ahli yang bagus. Banyak buad salah dan maybe jugak banyak melawan. Terima kasih korang dan maaf untuk segala salah silap. Terima kasih jugak sebab korang banyak betulkan kesalahan saya.


 - Classmate



Kepada kawan-kawan kelas, terima kasih korang. Korang memang terbaik. Terima kasih ajar apa yang saya tak faham dalam kelas. Share ilmu yang korang faham. Ambil berat each other and yang paling best sekali dengan kelas ni ialah tak ade yang kaple satu kelas. Kite semua satu family. Terima kasih korang. Maaf kalau saya bukan classmate yang baik pada korang. Maaf.


- Roommate


Terima kasih roommate, Nur Raihan. Terima kasih sebab sudi jadi roommate saya sem ni. Terima kasih sebab sabar dengan saya. Bantu saya cari maklumat. Sambut birthday saya. Terima kasih sebab jadi roomate yang baik. Maaf salah silap saya. maaf saya bukan roomate yang baik.


-Anis


Terima kasih Anis.. sebab selalu teman saya pergi makan kat downtown, ajar saya tentang makeup, tengok sunset sesama, jadi teman jogging jadi penasihat, jadi teman pergi beli green tea abang coffee, teman pergi pasar.. kalau nak senaraikan tak tersenarai.. terima kasih anis. maaf ye kalau saya bukan teman yang baik. 

- Hana


Terima kasih Hana.. sebab selalu ada dan jadi pendengar yang setia.. bagi nasihat yang berguna.. make me strong. Terima kasih komander garang.. Maaf yee kalau saya bukan kawan yang baik. 


- Aini , Safiy  , Iera  , Saidah , Linda
Aini , Safiy , Iera , Saidah , Linda
Terima kasih korang sebab sudi jadi kawan saya yang sangat sweet. Bagi kata-kata semangat. Share idea korang. Walaupun kite bukan satu kelas, korang tak kedekut pun nak share ilmu korang. Gelagat korang pon sangat menghiburkan. Suke sangat-sangat tengok persahabatan korang. Terima kasih korang. Maaf kalau saya bukan kawan yang baik.


- Mas


Terima kasih mas.. sebab selalu bagi semangat.. Study sesama.. tak pernah miss nak tegur setiap kali kite selisih. Maaf yee salah silap saya. Kadang mas datang bilik nak tanya pape tapi saya tak tahu jawapan kepada soalan mas tu. maaf sangat ye.


- wani dan syahira


Terima masih korang.. sebab korang selalu bagi semangat masa saya betul-betul perlukannya. selalu buad saya tak jadi menangis.. ceria kan saya dengan gelagat korang, gile-gile korang. terima kasih sebab terima saya jadi roommate korang sebelum ni.. terime kasih sebab cipta banyak memori sama-sama. Maaf kalau saya bukan kawan yang baik.

-Terima kasih kepada yang lainnya yang pernah bagi saya nasihat, semangat, teguran. Terima kasih.

- Terima kasih bas UiTM sebab bawak pergi billion., terima kasih abang coffee sebab jual green tea, terima kasih uptown. Terima kasih pakcik mak cik yang berniaga kat pasar malam UiTM, terima kasih 'en' dan akk ABJ, dan terima kasih lahh semuanyaa yang dalam UiTM Seri Iskandar.

-Untuk korang-korang semua.....
saya doakan semoga korang berjaya capai apa yang korang impikan dalam hidup korang dan sentiasa dirahmati Allah. Good luck geng =)

****

Nak cerita pasal tips, sungguh saya bukan orang yang layak nak cerita tentang ni. saya pernah gagal. saya pernah gagal banyak kali. gagal masa sekolah dulu., gagal dalam subjek, gagal capai target, gagal bercinta haha.. tapi satu je yang korang kene pegang iaitu percaya dengan Allah dan setiap yang berlaku ade hikmahnya. Letakkan seluruh harapan dan kepercayaan korang hanya pada Allah. Because, Allah knows what best for you. =) 

sampai sini dulu =)


Yang benar,  
       

Percutian hari kedua di Pulau Pangkor



Assalammualaikum..
hari kedua, plan asalnya ialah snorkeling. Memang tak sahlah kan kalau da ke Pantai tapi tak buad aktiviti air. 

tapi disebabkan hujan pada awal pagi tu, kami terpaksa batalkan niat nak snorkeling. Pada awalnya kami ingat nak tundakan sahaja aktiviti ni sehingga hujan reda tapi kami diberitahu oleh sorang penjaga kedai di situ yang keadaan laut tak cantik selepas hujan. jadi kami batalkan saja niat nak snorkeling.

Kalau korang nak tahu, selain dari kecantikkan laut yang menjadi tarikan ialah adanya burung enggang. Memang banyak kat sini. lepas ni nak tengok enggang tak perlu lah susah-susah nak ke Sarawak tengok kat sini je. hehe. 



Bagi burung enggang makan <3

Pagi tu buka-buka je pintu nampak burung ni. Bile kite bagi makan nanti dy akan bising dan panggil kawan-kawan dia yang lain. Jangan risau dy tak akan gigit. Sangat pandai ambik makanan tu di tangan kite. Jadinya aktiviti snorkeling bertukar kepada bagi burung enggang makan. Saya tak tahu apa yang burung enggang ni makan tapi hari tu kami bagi makan roti. 

Jam 12.30 tengah hari, teksi datang ambik kami di chalet untuk bersiar-siar satu pulau. Bagi emak-emak, kalau datang Pulau Pangkor apa yang mereke terfikir untuk shopping ialah ikan bilis bermata biru. Itu wajib. Jadinya kalau orang melayu, lebih baiknya kalau korang ambik teksi yang pemandunya orang melayu sebabnya mereka akan bawa kite ke tempat prosesan ikan bilis yang diperoleh oleh orang melayu dan dijamin bersih. Kalau korang drive sendiri, korang search ikan bilis Pak Su. Dekat-dekat dengan tempat menginapan pon ade juga oran yang menjual ikan bilis bermata biru ni tapi harganya mahal jadinya lebih murah kalau korang pergi sendiri ke kilang dia. 

Untuk jalan-jalan satu pulau, harganya RM60 dan tempat yang dibawa ialah:

1. Proses Ikan Bilis Pak Su:
2. Tengok view kat Pulau Pangkor. 




3. Fu Lin Kung, Garden and Mini Great wall




Di belakang tu ada mini great wall 

4.  Geleri Pangkor. 

Kami tak dapat singgah sebabnya tutup pada hari tu tapi nanti memang pak cik tu memang akan bawak korang ke sini. Galeri tu bercerita tentang sejarah Pulau Pangkor. 


5. Kota Belanda: 


6. Batu bersurat. 

Yang ni tak ada gambar maaf. 


7. Masjid terapung. 

Masjid ni belum sepenuhnya siap. Masih dalam pembinaan tetapi penduduk tempatan dibernarkan untuk solat disitu. 



Kemudian kami akhiri tour kami di jetty untuk pulang semula ke lumut. 
kat sini saya nak nasihatkan, lebih baik kalau korang sewe ven dari sewe kereta untuk drive sendiri sebabnya keadaan jalan yang berliku-liku dan berbahaya. Saya sendiri pon takut nak tengok jalan masa pak cik tu drive. Mereka da biase dengan keadaan tempat ni. Menurut pak cik yang drive kami tu, memang banyak berlaku kemalangan pada orang yang menyewe kereta sendiri sebabnya mereka tak biase dengan keadaan jalan di situ. 




Percutian hari pertama di Pulau Pangkor



Assalammualaikum and hi semua..
Lama tak update blog ni.. sebenarnya ade beberapa perkara nak tulis tapi tu laa sedikit sibuk dengan urusan study, exam tapi, Alhamdulilah 16/4/2017 hari terakhir saya exam. InsyaAllah ianya juga hari terkahir saya sebagai student Diploma Bangunan , UiTM Seri Iskandar. InsyaAllah... InsyaAllah.. Doakan saya yee semua..

Disebabkan hari terkahir, jadi ibu dengan ayah datang jemput. Da alang-alang kat Perak kan,, jadi kite pon buad la perancangan untuk pergi bercuti sekali.. dan destinasi yang dipilih ialah Pulau Pangkor !!  Percutian kami pendek sahaja. 2 hari 1 malam, jadi ade beberapa tempat yang kami tak dapat pergi dan ade aktiviti yang kami tak dapat nak buad. but chill, tetap rasa seronok sebabnya, kami sekeluarga dapat berkumpul. > <

Disebabkan percutian yang pendek ni,, tak ade lah banyak cerita nak cerita tapi adelah beberapa info nak dikongsikan dan saya rasa ia mungkin dapat membantu korang yang nak ke sini.



LOVE <3
Jetty kat sini, korang tak perlu macam rushing sangat nak kejar ferry sebabnya ferry ade setiap satu jam. Harga tiket RM14 seorang untuk pergi dan balik. Kirenya, tiket yang sama digunakan untuk pergi dan balik semula ke jetty.. haa hati-hati., jangan hilangkan tiket tu.. nanti tak dapat balik.. *gurauu*..


*********
Masa ni, akan ade seorang hamba Allah ni yang akan datang pada korang dan tanya pasal hotel. okk sebenarnya korang tak perlu risau pasal hotel kalau korang pergi pada hari-hari biase sebabnya hotel sentiasa available. Tapi lebih baik kalau tempah hotel tu awal. Hamba Allah ni akan tanya korang sama ade da ade tempat penginapan atau belom? kalau da tempah, da bayar deposit tak? kalau korang da tempah tempat penginapan tapi belum bayar deposit, mereka akan mendesak korang untuk ambik pakej dengan dyorang ni..sory to say..but bagi saya mereke mendesak..tak puas pujok saya untuk tempah penginapan dengan dyorang, dyorang pergi pulak pujuk ibu ayah saya. once saya cakap saya da tempah dan da bayar baru mereke senyap and pergi cari mangsa lain... time ni, korang kene, harus tegas.. 

Kalau korang tak tegas, akan jadi macam satu group ni yang sama-sama sampai dan beli tiket dengan saya. Apa yang jadi dengan mereke ni? ook mereke setuju untuk ambik penginapan dengan hamba Allah ni dengan harga bilik family RM140  tapi kene bayar deposit dulu RM25. Saya terdengar perbualan mereke sebab tempat kami duduk tu berdekatan dengan mereka. Masa tu rasa macam pelik sikit..tempat penginapan yang sama dengan saya tapi perbezaan harga. saya diam je la sebabnya saya terfikir mungkin ade tambahan harga yang saya kene buad masa daftar masuk nanti. Lepas pak cik tu bayar deposit RM25, orang tu tulis surat ala-ala macam surat cinta...hat tuu saya da rasa pelik la sikit. Dipendekkan cerita masa daftar masuk tu saya tengok papan tanda harga untuk penginapan tu, RM120 untuk family package.. sah-sahlah group tadi kene tipu... rasa kesian sebenarnya dengan group tu.. Sungguh saya betul-betul tak faham kenapa dia buad macam tu.. moga Allah bukak kan pintu hati dia... 
                                                                             *********

ook.. Berbalik pada cerita kite yang awal tadi..
Ferry akan berhenti kat 2 perhentian. Kalau korang pelancong, korang turun kat perhentian no 2. Penduduk kat situ akan turun di perhentian no 1. 

Kat jetty tuu ade teksi yang akan bawa korang ke tempat penginapan korang. Harga pulak ikut tempat. Dalam banyak-banyak tempat, Pulau Nipah menjadi perhatian ramai pelancong sebab keadaan lautnya yang cantik. Harga teksi untuk ke Pulau Nipah ialah RM18. Kat sini banyak kemudahan macam kedai makan, kedai jual cendera hati, kedai runcit. Pendek kata, banyak kemudahan kat sini. Dari segi hotel, saya cadangkan Palma Beach Resort. Resort ni dekat dengan pantai dan diuruskan oleh orang malayu. Kat Pulau Pangkor, majoriti penduduknya adalah orang china. Harga untuk resort ni bagi saya berpatutan. Kami ambik package family dengan harga RM120 untuk satu malam. Keadaan bilik yang bersih dan selese. Kemudahan lain free wifi !

Waktu petang,, please lapangkan masa untuk tengok sunset. Sangat berbaloi..

Palma Beach Resort




Kalau da sampai sini, aktiviti yang wajib mestilah aktiviti air kan?
First of all, ni pesanan dari pak long (boss Nonsan Water sport), jangan terima tempahan dari orang yang berada di jeti lumut sebab Nonson Watersport dengan mereka tak ada link. Pak long cerita pada kami, ada satu group yang terime tempahan pada orang tersebut tapi dengan bayaran deposit RM50 kemudian mereke akan tulis surat untuk diberi pada pak long tapi pak long minta group tersebut bayar tambahan sedikit. Kejadian ni merugikan pak long. Sama macam kejadian yang hotel tu. 

So, saya rasa apa-apa tawaran yang korang terima kat jety lumut tu lebih baik ditolak sebab mereka memang tak link dengan orang di Pangkor. Pak long ambik RM100 untuk aktiviti air. Khemah pak long ade dekat-dekat dengan pantai berdekatan  dan sederet dengan kedai jual cendera hati. 

Nonsan water sport
Waktu malam, kat sini nak cari kedai makan memang tak susah. Kalau rasa nak makan yang bakar-bakar pon senang nak dapat semuanya berdekatan dengan hotel. Nasihat saya, kalau nak makan yang jenis bakar-bakar tu, korang survey la dulu kedai-kedai yang lain sebabnya ade kedai yang tawarkan pakej yang lagi murah dari yang lain. 


Day 1, success >.<