Makan di Che'gu Cafe

Assalammualaikum..and hii..

ok kali ni nak cite pasal makan.. 
Hari tuu, kami geng2 perempuan kelas 6H, keluar dinner di sebuah cafe dekat jugak dengan campus (kalau naik bas >.< ) .  Cafe ni bukan hanya sediakan juadah western tapi goreng2 and berkuah pun ade and yang paling penting ialah sedap.. haha.. 



Nama cafe : Che'gu cafe
Lokasi : Seri Iskandar, Perak (Sebaris dengan kedai 2 ringgit)


Unik nya kat cafe ni, makanan western berkonsepkan sharing is caring which is kite boleh makan dalam dulang beramai ramai !! yeeaaa... boleh eratkan hubungan siraturrahim...haa gituu laa... tapi pada yang tak boleh makan sekali dalam dulang (if ) don't worry laa.. mereke sediakan pinggan.. so terpulang la pada korang nak makan macam mana.. 


Korang boleh pilih nak set apa dan saiz apa..setiap set tu berbeza jenis makanan. contoh macam gambar kat bawah ni, ni set A, saiz small. Sesuai untuk makan sorang. Dalam dulang ni ade fries, hot dog, meat ball, chicken chop, coleslaw and spaghetti bolognese. Kalau korang tak nak makan chicken chop korang boleh pilih set lain yang ade lamb chop. Kalau korang tak dapat nak agak saiz, korang sebut je korang nak makan untuk berapa orang kat abang or akk yang ambik pesanan tu.. haa nanti pandai laa depa suggest saiz yang sesuai. Soal harga pulak korang jangan risau, sangat berpatutan.. kalau tak kami sebagai student ni tak mampu laa nak makan kat sini.. >.<


Chicken chop , Small (makan seorang)
RM 10

Lamp Chop , saiz besar (makan untuk 3 orang)
RM 30


Lamp chop, saiz xxl (makan untuk 7 orang)
RM 70

Haa.. nampak tak keunikan restaurant ni? kalau korang jenis yang susah nak decide nak makan apa? rasa macam nak makan chicken chop, spaghetti, dalam masa yang sama teringin jugak nak makan meat ball.. kalau order semua nanti takut membazir pulak.. kalau student pulak, haa lari baged pulak nanti order banyak2...... Jadi...... Che gu cafe ni da tolong da korang selesaikan masalah korang.. korang order jee nak set apa semua dapat rasa.. harga pon berpatutan..


Pada mereke yang nak pergi tapi tak tahu jalan nak ke Che'gu Cafe ni, jadi kat bawah ni saya sediakan lokasinyaa..




Saya ucapkan selamat menjamu selere.
Assalammualaikum and byee..