Selamat tahun 2017 guys...



Assalammualaikum and hai all...

Entry terbaru untuk tahun 2017 and i would like to wish all of you a happy new year.. and sory lambat 21 hari untuk wish ni tapi nak wish jugak..

Alhamdulillah, sekarang ni aku hampir ke pertengahan sem akhir untuk diploma bangunan... aku bersyukur sangat.. please doakan aku kuat untuk sem ini.. penangan Final Year Project (FYP) sangat kuat kadang hakak rasa tak mampu nak tempuh dengan mata yang rasa macam tak mampu nak bukak sebab lambat tido.. kalau tidur lambat tu mungkin perkara biase yang pernah alami masa sem sem sebelum ni tapi untuk FYP aku rasa perkataan yang palng tepat is tak tidur  >.< ..

Masa praktikal di PKNM, ade seorang senior Ukur Bangunan cakap kat aku macam ni "tengok la nanti part 6 hadap FYP.. seksa oiii.. tak sanggup nak hadap ".. dalam hati hanya mampu kata seteruk itu ke FYP? . dan sekarang aku sangat faham perasaan itu.. Masa yang sangat tercari ialah masa tidur. Kalau ade masa untuk tidur awal, aku memang akan tidur awal. Pada mereke2 yang ade peluang untuk tidur awal, please jangan lepaskan peluang ni dengan buat bende yang tak berfaedah. Tolang lah pergi tidur.. sebab nanti bile awak da masuk universiti atau mana2 tempat yang memerlukan mata, otak dan segala tubuh badan awak untuk bekerje lebih masa awak akan rasa menyesal sebab lepaskan peluang ni.. ok.. sory tipu. tak adalah sampai macam tu..

Sebenarnya, point yang nak cakap kat sini is about time.

Dalam surah al-asr, Allah bersumpah dengan masa

"Demi masa (1) sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) kecuali orang-orang 
yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kesabaran (3) " 


Dalam al quran Allah da ingatkan kite betapa pentingnya masa tu. Kalau sekarang kite tak manfaatkan masa yang kite ada, kite memang akan rasa menyesal. Berapa ramai manusia yang di akhirat sana yang merayu untuk kembali kedunia hanya semata untuk sujud kepada Allah?? merayu lah macam mana pun.. menagislah macam mana pun.. semua tu da tak ada guna lagi. Kite cume ade peluan sekali sahaja di dunia. 

Ok. Pendekatan paling dekat dengan life kite.. 
Lecturer bagi tugasan hari isnin dan tarikh untuk hantar assgment tu adalah hari isnin minggu depan. Alaa relex dulu.. seminggu lama lagi.. kite lepak dulu.. main dota.. tengok movie.. jalan-jalan.. bla...bla....bla... dan yang sadis tu hari ahad terlupe nak buad tugasan tu. Hari isnin bile lecturer tu mintak tugasan tu, tak ada, baru nak rasa menyesal sebab tak buad awal2. its no use. 

Untuk subjek FYP kami diberi 5 task and every task ade tarikh tarikh untuk hantar task tersebut. Alhamdulilah task 1 dan 2 da selamat hantar dan present. untuk task 2, is about tendering. Sapa yang belajar berkaitan dengan bidang construction mesti sangat faham tentang tender ni. Sangat sangat perlukan ketelitian yang tinggi and time management yang bagus. Tender ni perlu sampai di bilik tender before 12 tengah hari. Tepat jam 12 tengah hari bilik tu akan ditutup. Merayu lah macam mana pun memang tak akan diterima. Ramai yang menangis sebab tender ditolak, tak sempat siap and macam macam lagi lah and yang paling penting most of them is tak mandi. haha. ok. including me. 
Sama la jugak..merayu la pada Allah macam mana sekalipun memang tak akan ada peluang untuk kembali ke dunia. tapi dalam hal ni peluang masih ade. Di dunia, kite menyesal dengan sesuatu perkara kite masih ade peluang untuk perbaiki peluang tersebut. 


Cube kite imbas semula tahun 2016.. 
apa yang kite da buad or capai yang bergune untuk diri kite ? 
Bukan apa...untuk jadi kan 2017 lebih baik dari 2016. 


Semoge kite sama2 dapat capai azam tahun ni atau mungkin azam yang dibawa dari tahun sebelum2 ni..yang lebih tepat sekali dipanggil sebagai azam turun temurun.. > < 
Semoge tahun ni lebih bermakna dari tahun sebelum sebelum ini.. maaf kalau ade terlanjuran kata. Aku manusia bukan malaikat. 

Assalammualaikum.