Hiking di Gunung Ledang


Ehemmm setelah beberapa lama menyepi...
Aku kembali lagi, jenguk blog sunyi ni..

Tulah dah berapa kali terpaksa tangguhkan niat nak update blog sunyi ni disebabkan desakan seperti report intern (argghh), log book yang berbulan tak update, download game baru.. Sesungguhnya aku bukan la malaikat..aku hanya manusia biasa yang selalu kalah dengan ujian macam ni.

ok.. maaf termerepek.

Ehemmm.. ok..,
Alhamdulilah aku berjaya menjalani latihan praktikal di Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). yuhuuu...

Disebabkan mereke rasa sangat bertuah menerima aku sebagai student praktikal mereke, mereke pun pelawa lah aku untuk join mereke daki gunung ledang. Bak kata mereka, misi kite cume satu.. iaitu sampai ke puncak dengan selamat *terharu*

Disebabkan ini adalah aktiviti yang aku paling teringin nak buad, dengan exitednya aku pujok la kawan-kawan praktikal yang lain. Dalam 7 orang yang bagi nama, 2 orang saja yang pergi.. ok la tu kan.. daripada aku sorang je perempuan.

nervous sangat..malam tu tak boleh tido sebab takut punye pasal. seminggu sebelum tu lagi aku da terfikir nak tarik diri bile search pasal gunung ledang ni.. gile tak nervous bile dapat tahu yang gunung ledang ni gunung ke 6 terpayah di Malaysia..

Mana taknya, ni da la first time aku nak buad aktiviti ni, tambah lagi dengan geng-geng yang kental dan otai.. takut la kene tinggal ke apa ke.. tapi sebelum pergi gunung ledang, kami ditrain which is daki bukit beruang, melaka.

Macam biaselah, pagi tu mereke belanja sarapan.. *wing* 




Sebelum naik, kite kene istihar harta dulu.. lepas tu, kite dngar taklimat. 


Kusyuk betul. 

Jam 9 pagi baru kami mula untuk mendaki. 
Maaf la.. gambar setiap cek point tak dak. 

Taman Bonsai

alhamdulilah.. kami sampai puncak jam 2 tngh hri. 
Misi berjaya !! 

Bersorak sikit.. hip hip huray....

ok kite kenal sikit dengan depa ni..  
sebahagian je ni mana gambar jumpa dalam fon. 


En Zaini dan anaknya, adik (lupa namanya..maaf)
wakil dari unit teknikal (ukur bahan)

En Faizul, wakil dari unit teknikal (selenggara)

En. Azrul wakil dari unit teknikal (elektrikal dan mekanikal).

En. Syahir wakil dari unit hasil

En. Rosyan, 

En. Fendi, unit kewangan

Kami wakil budak praktikal.
#silakagumdarijauh

aku teringat kata2 dari salah sorang dari depa, En. Hafiz. Dia kata  
'ika, mungkin sekarang awak rasa penat.. tapi nanti awak akan rindu nak naik lagi..' 

mmm betul..  memang akan rasa rindu nak naik lagi.. 

p/s: sila abaikan lemak bawah mata. 


orang tanya aku apa yang paling mencabar.
bagi aku ada 2 tempat yang memang mencabar bagi aku..

1. laluan KFC.. bukan KFC ayam tu ye but Killing Fitness Center.. 
ya Allah.., betul betul killing you !! serius.. (sila google gambar ye, untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas..nak lebih jelas lagi silalah lalu laluan ni..).  En Hafiz and En Faizul sangat bersabar dengar keluhan aku dan tak putus-putus bagi aku semangat.. Terima kasih. 

2. Laluan batu hampar.
sangat hambar bagi aku.  Terima kasih jugak kat En Hafiz dan En. Faizul yang dok bagi semangat kat aku siap bagi tips lagi. *ouhterharulagi* .Sebelum tu En. Hafiz tanya aku.. 'awak gayat tak?' aku cume mampu senyum.... Tips dari depa., jangan tengok bawah and jangan lepaskan tali tu walau apa pun.. Dan tips dari aku pulak ialah, berdoa lah banyak-banyak ye. (sila google gambar untuk gambaran yang lebih jelas)




Apa yang aku belajar, bila mendaki ni apa yang sangat amat diperlukan ialah kesungguhan. Minda kite yang mengawal. Lawan setiap yang negative tu. Biar lambat asal sampai. Kata-kata semangat sangat berkesan pada aku..'ika boleh..', 'Sikit je lagi...tu da nak sampai.. ' . Terima kasih. 

Walau apa pun, ucapan terima kasih pada team PKNM untuk peluang dan pengalaman ni. untuk kata-kata semangat, dan tunjuk ajar.. haa..satu lagi tips dari En Hafiz dan En Faizul.. sila jaga penafasan ye. jangan over sangat mencungap (macam aku) nanti lagi bertambah penat. and its work on me. try for your own. 

kepada yang nak mendaki tu, aku nak ucapkan semoga berjaya.. aku ni yang selalu ponteng hari sukan sekolah pon mampu inikan pulak korang yang cemerlang.. mestilah lagi mampu.. Good Luck.. 

Kepada yang baca blog sunyi ni.. terima kasih ye. sampai sini dulu..
aku beredar dulu. 
adiossss..