cuti-cuti 0.1 : Pulau Tioman




Alhamdulilah, rancangan percutian 0.1 ke Pulau Tioman da selesai.. insyaAllah next, percutian 0.2 ke pulau perhentian. ok.. sebenarnya ade beberapa perkara yang bagi aku menarik nak share dalam percutian kali ni..



#1 :
Pernah tak kite terdengar atau diri kite sendiri yang terdetik 'lecehnya bercuti nak bawak orang tua' nak-nak lagi kalau orang tua tu uzur, tak kuat sangat nak jalan jadi kene naik kerusi roda. Orang tua yang aku maksudkan ialah mak, ayah kite atau atuk nenek kite atau sesiapa ahli keluarga kite yang lebih berumur. Alhamdulilah, mak ayah aku masih lagi kuat berjalan..bahkan ayah aku sendiri masih lagi kuat bekerje. tapi ibu aku masih mempunyai seorang mak, which is nenek aku, yang berusia 78 tahun. kaki nenek sakit jadi tak boleh berdiri lama. bahkan nenek tak boleh jalan jauh pun, kalau jalan jauh pon kene ada orang papah. 

                                                                         # # # #

Kami diminta untuk sampai ke jeti sebelum jam 1 tengah hari. tapi disebabkan beberapa hal teknikal, kami bertolak lambat. nak dijadikan cerita, kereta kami rosak di kahang. Jalan laluan sebelum sampai ke kahang adalah sangat mencabar bagi aku. sebab jalannya yang berliku, hutan kiri kanan, tak ada lampu jalan, akan selalu terserempak dengan lori besar yang bawak muatan berat. First tu adalah rahmat, sebab da sampai pekan and senang nak cari workshop. Second, kerete kami rosak betul betul berdepan dengan workshop. see, Allah mudahkan urusan. Allah bagi ujian dengan penyelesaian sekali.

Masa tu, kami masing masing rasa tak sempat untuk sampai jeti sebab masa tu da jam 12.15 tengah hari. dipendekkan cerita, kereta siap dalam masa 15 minit dan kami teruskan perjalanan. masa tu masing masing dah redha untuk naik feri pada 4 petang. tapi dengan rahmat Allah, kami sampai jeti pada jam 12.40 tengah hari.

Selesai urusan tiket dengan agen kami, kami beratur. kami kumpulan yang terakhir.. tapi disebabkan kami tolak nenek gune kerusi roda, kami diminta untuk masuk ke dalam feri dahulu. *senyum*. Nampak tak betapa Allah mudahkan urusan kite. lebih lebih lagi kalau orang tua tu adalah ibu ayah kite, lagi lah istilah 'leceh' tak patut wujud dalam hati lebih lebih lagi mulut kite.Kite buad baik pada ibu ayah, Allah bayar bukan kat akhirat je tapi dunia.. salah satu tips kau nak Berjaya, adalah dengan buad baik pada ibu bapa sebab Redha ibu ayah adalah redha Allah.

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…”
(al-Ahqaf, 46: 15)

<3


tu lah nenek aku.. moment ni memang best..gigih aku tengok ayah dengan acik papah nenek masok laut untuk tengok ikan. satu kepuasan bile dapat gembirakan hati orang yang kite sayang.. 


#2
Aku jatuh hati dengan pulau tioman...Aaauucchhh... Lepas solat subuh, hati ni da exited nak tengok sun rise.. Sangat berbaloi.. (Maaf kami tak tangkap gambaq sebab memasing exited nak tengok sun rise..).. Macam dalam gambar ni, suasana waktu pagi..jam 8.00 pagi selepas sarapan.. Dekat batu2 tu pon boleh jumpa ketam..*muke teruje*.. Jam 3 petang, air akan naik jadi batu batu tu sume da tak nampak.  Airnya jernih sampai boleh nampak ikan berenang.. Haa..jangan lupe ye buad aktiviti snorkeling..sure korang puas hati.. Kalau macam kite ni, kenderaan utama kite adalah kerete kan? tapi penduduk kampung disana, kenderaan mereka ialah kapal...anak muda kat sana, mengelarkan diri mereka sebagai anak pulau.. bagi aku, ia sangat menarik..  

Kalau korang nak tahu, Pulau tioman ialah pulau no 2 yang tercantik di Malaysia. Pergilah. aku cadangkan korang pergi kampung Paya and tinggal di Paya Beach Resort  wing Aman Damai. serius aman. >_<

Amannnn...
#3
mmm..
tolang la jangan buang tisu atau sampah dalam laut. kesian pada kehidupan laut. mereka ingat sampah tu adalah makanan.kesian tau. kebanyakkan haiwan selalu termakan plastik. ia sangat berbahaya sebab plastik tak boleh dihuraikan.. haisshh.. aku siap jumpa tin 100 plus sekali dalam laut tu.. tolong lah.. jangan buang sampah merata tempat. hargai dan pelihara lah alam ni..  

ehem..ehem..

"saya sebagai rakyat bumi yang perihatin, menyeru semua warga bumi untuk pelihara alam sekitar"

erkkkkk.. >.<

ok.. sebelum aku terus merapu..
adiosssss.........