After 5 years ?




Lepas 5 tahun tinggal kan dunia blog ni. 
dan ni adalah entry yang pertama. 

jadi... mula2 sekali 

aku nak ucap..

Syukur alhamdulilah...

Allah bagi segala kekuatan untuk siapkan blog ni dalam masa sebulan (kiraan termasok tempoh cari mood, cari idea, laptop rosak, editing process, lawan nafsu malas dan lain2..) aku berjaya siapkan blog ni. Alhamdulilah.. sebenarnya, da lama da terfikir untuk berblog semula tapi disebab kan kesibukkan yang melanda macam banjir sunami, jadi aku stop kan dulu niat tu. makanya.. cuti sem kali ni aku gunakan masa yang ade dengan siapkan blog ni. 

ianya bukan la diary.. tapi tujuan utama adalah untuk share pengalaman sikit.. luahkan pandangan sikit yang kadang2 tak terluah.. share ilmu sikit..ye..betul, tahap kefahaman aku tentang agama amatlah cetek dan sangatnya cetek. jadi,,aku menulis untuk peringatan diri aku sendri terlebih dahulu. bukan ke, kita tunding satu jari kat orang tp empat lagi jari tunding diri kite sendri..kann??

haa.. nak share sikit satu cerita ni.. mungkin ramai yang da tau tentang cerita ni. tapi, tak kire..nak cite jugak..

al kisahnya....

di india, ade seorang pak cik tua yang tak pandai solat, baca quran, dan lain2. tapi satu hari, Allah gerakkan hati pak cik tu untuk berubah. untuk belajar solat dan baca quran. Lalu, dia pon berjumpa dengan seorang ulama dan bertanya:

"Tuan, aku nak berubah. aku tak pandai solat apatah lagi baca quran. jadi apa yang perlu aku lakukan?"

lalu, ulama tu menjawab soalan dari orang tua tersebut:

"buat la dakwah."

orang tua tu, terperanjat dengan jawapan dari ulama tersebut, lalu berkata:

"apa?! dakwah? aku, solat pon tak reti macam mana nak berdakwah?"

ulama tu menjawab soalan dari orang tua tu:

"dakwah lah orang lain supaya tak jadi seperti kau yang da tua tapi tak reti solat dan baca quran."

lalu, orang tua tu pun berdakwah kepada orang ramai supaya jangan jadi seperti dia yang da tua tapi still tak reti solat, baca quran dan bab2 agama yang lain. akhirnya, sebelum orang tua tu meningal dunia, dia sudah tahu solat dan baca quran. ok. story ending... so dont expect me more. sebab aku hanye manusia biase yang langsung dan xkan pernah sempurna..sebab kite bukan malaikat.. haa karang boleh la baca buku tulisan shukery azizan bertajuk 'aku bukn malaikat'.. banyak info yang berguna.

tapi...tak salahkan kalau kite CUBE untuk jadi sempurna?? sebab Allah memandang effort kite.. tiket ke syurga bukan dari banyaknya pahala yang kite kumpul tapi diukur dari betapa Allah redho kat diri kite..

jadi kalau sesiapa yang perasan aku ni hanye pandai cakap tapi tak reti amal, maka boleh la ketok diri aku ni supaya sedar dari dunia hayalan.. aku akan terime setiap ketukan tu.

ok.... rasa macam da terpanjang pulak entry kali ni.. masa awal2 tadi xde idea nak taip apa..ni siap boleh bercerita lagi  -.-' 

ok2... akhir sekali, aku harap setiap apa yang aku coretkan menjadi hidayah buad diri aku terlebih dahulu sebab mata yang membaca apa yang ditaip oleh tangan. aku mohon doa dari kalian. terima kasih pada yang sudi membaca entry ni sampai habis.